Senarai Kekurangan dan Keburukan.


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah  dan upacara pernikahannya
Sungguh  meriah. Semua kawan2 dan keluarga  mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia  tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh
Mengkagumkan.

>  Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya  dan pengantin

> lelaki dengan tuxedo hitam  yang gagah. Setiap pasang  mata yang memandang setuju mangatakan bahawa mereka sungguh2 saling  mencintai dan sepadan.



> Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya "sayang... Abang baru membaca sebuak artikel  dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan
Hubungan dan tali  pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah  tersebut.
"masing- masing kita akan mencatatkan hal2 yang kurang kita  sukai terhadap pasangan  kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana  kita mengubah hal2 tersebut dan  membuatkan perkahwinan kita  bersama lebih bahagia...."

Isteri setuju dan mereka mula  memikirkan hal2 dari pasangannya yang tidak mereka  sukai dan  mereka telah berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal2 yang kurang baik, sebab hal2 tersebut untuk  kebaikkan
mereka bersama. Malam itu mereka telah bersepakat untuk  berpisah tempat tidur
bagi  memudahkan untuk mencatat apa yang  terlintas dalam benak fikiran mereka
masing2.

Keesokkan  paginya ketika bersarapan, mereka sedia  untuk membincangkannya.
"Abang  akan mulai dulu ya", kata si suami.  Ia lalu mengeluarkan senarainya. banyak sekali yang ditulisnya,  sekitar 3 muka surat... Ketika si suami mula  membacakan satu persatu  hal yang tidak disukai dari isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata  isterinya mulai mengalir... "Maaf, apakah abang harus berhenti?" tanya  si suami. "Oh tidak, teruskan..." jawap isterinya. Lalu si suami melanjutkan membaca semua yang tersenarai, lalu kembali  melipat kertasnya di atas meja dan berkata dengan  bahagia "sekarang giliran sayang pula membacakan  senarai sayang"

Dengan suara yang perlahan isterinya berkata "Saya  tidak mencatat sesuatupun keburukan abang di kertas ini. Sambil si isteri menunjukkan kertas putih kosong suaminya.. Saya berfikir  bahawa abang sudah cukup sempurna buat
saya dan saya tidak ingin mengubah  akannya. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik bagi saya.  Tidak satu pun peribadi abg  yang saya dapati
kurang...."

Lalu si  suami tersentak dan tersentuh hatinya dengan pernyataan dan ungkapan cinta  serta isi hati isterinya. bahawa isterinya menerima dirinya  dengan seadanya.
Ia menunduk dan menangis serta kesal dengan apa yang  telah terjadi...

 "Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa  dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu kita  menghabiskan waktu untuk memikirkan hal2 tersebut. Hidup ini penuh  dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan. Mengapa harus  menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan  menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal2 yang indah,  yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita. Kita akan  menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur  untuk hal2 yang baik dan mencuba melupakan yang buruk...  Sekian.....

0 comments: