PELIHARA SILATURAHIM
Posted by
Unknown
at
11:03 PM
Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah sgt menyukai hamba-hamba-Nya yg bersifat pengasih & penyayang. org yg ad sifat kasih sayang tidah suka hidup bermusuhan @ mendedami org lain. dengan sifat kasih sayangnya itu, dia mudah memaafkan kesalahan org lain kepadanya.
Dari situlah terjalin hubungan silaturahim hubungan persaudaraan dan kasih sayang. Dengan jalinan itu akan lahirlah rasa saling faham-memahami, hormat menghormati dan saling menghargai satu sama lain. Dengan mengukuhkan ikatan silaturahim sebarang salah faham dapat diselesaikan secara kekeluargaan. Boleh bertolak ansur. Itu sebabnya Allah Taala sangat menekankan kepada kita supaya menjaga hubungan silaturahim sesama kita. Bukan terhadap kaum kerabat serta rakan taulan yang dekat sahaja. Malah silaturahim kepada mereka yang berada jauh pun mesti dijaga dan dipelihara. Selalu bertanya khabar & mendoakan untuk mereka.
TIDAK MASUK SYURGA
Banyak hadis Nabi yg memperkatakan tentang menjaga hubungan silaturahim. kita diingatkan bahawa menjaga silaturahim bukan perkara yg diringankan oleh agama islam. Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Allah melarang kita berkelahi @ tidak menegur sapa.
Nabi bersabda, " Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim."
- Riwayat Muslim
"Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bertegur dengan saudaranya lebih daripada tiga malam ( hari ). Keduanya saling bertemu juga tetapi mereka saling tak acuh satu sama lain. Yang paling baik diantara keduanya ialah yang lebih dahulu memberi salam."
-Riwayat Muslim.
"Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim." - Riwayat Muslim.
"Pintu syurga dibuka setiap hari isnin dan khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-nya yang tidak musyik, kecuali orang yang bemusuhan dengan saudaranya (sesama islam). Maka dikatakan: 'Tunggulah dulu kedua orang ini berdamai! Tunggulah dulu kedua orang ini berdamai!" -Riwayat Muslim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rasa2 ok xentri sy ek???