SAAT DITALKINKAN


Assalamualaikummm...sekadar utk tatapan semua..sebagai..peringatan kepada kita semua

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di
tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.
Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah
tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang, mengucap........Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta
yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat", jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu
usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....
Tapi mataku....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja, dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu..... aku tidak mahu berpisah
denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku.
"Yassin......" Bacaan yassin terngiyang-ngiyang ditelingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang
sakaratul maut......
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya
sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu, tolonglah aku. Aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan
"Panas, dahaga, haus, panas........" tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek...........".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelaspenuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".
"Ibu......" Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
"Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....." Ayah.......kau datang ayah.......
"Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam
agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......" Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.
"Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya
"Mari ikut kami". Cahaya putih datang, datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.
"Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!"
Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku
di selimuti sejuk, dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan
Allah......." Aku tersentak. Roh ku berselerak di
dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi
rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau
sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah
orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya,
hanyirnya, hancingnya......"
"Assalamualaikum......"
"Siapa yang memberi salam itu?"
"Aku"
"Kau siapa wahai pemuda???"
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan
sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,
baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung,
telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat
keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku
rasa........ teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?"
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh dan sejijik ini"
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari"
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua
penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini"

"Akulah amalanmu yang keji.........."
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya!
aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan
ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita
lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam barzakh
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan
kita di alam barzakh nanti.
Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan
lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.
Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana
Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun
tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah
terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di
letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan
kakngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur
barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!" Aku diusung ke
suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di
bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu
demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian
semua buat aku macam ini?Tolong rimas....
panas........" Kemudian aku di letakkan di suatu
sudut. Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di
saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat
kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum
kamu disembahyangkan" Dan kini baru aku sedar aku
sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku',
sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh
enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung
setapak demi setapak". "Al-Fatihah!" Kedengaran suara
tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan
lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia
bawanya aku?" Nun jauh di sana, kelihatan tanah
perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?
Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!" Setibanya di
tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz
dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di
turunkan ke dalam liang itu.
"Perlahan-lahan," aku terdengar suara tok imam
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku
seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam
kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?"
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun....... Dari Allah
kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali"
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya
mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul
mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua
benar........" Sayup sayap aku terdengar tok imam
terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.
Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak
kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit
demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke
atasku. Terasa semakin gelap dan...... aku kini
keseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu!
Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!!
Panas!!! Tolong !!!!








THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST
IMPORTANT THING IN DEATH....
"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU
PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG
SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

0 comments: