ANTARA BABI DAN AYAM...........


 Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis.
Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. mereka berkata, Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun  sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden  dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses  sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi". Dengan kepandaian yang dimiliki oleh  Imam  Muhammad Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan  dan seekor ayam betina,  serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, "

Muslim A        : Untuk apa ?

Imam Muhammad Abduh    : beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan  perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!".

 Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama  satu ekor ayam betina. kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga  dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati.

Kemudian Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka  melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina. Kali ini mereka  menyaksikan  keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga  diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul  sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.

 Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah'(cemburu) orang yang memakannya. itulah yang terjadi sekarang ini.Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika  melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah  SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan  anda...

0 comments: