Encik C : Waalaikumussalam. Khabar baik. Memang lama betul. Agak-agak
10 tahun kot.
Encik B : Wah! Tengok badan kau. Memang patut la kau boleh menang
pertandingan bina badan hari tu. Bukan main hebat tengok gambar kau
terpampang di dada akhbar. Dulu, badan kau tak sehebat ni.
Encik C : Untuk dapat badan camni, aku terpaksa la berkerja keras. Latih
tak henti-henti dan makan pula bukan sembarangan. Nak harap gaji, tak
cukup la. Nasib baik ada sponsor.
Encik B : Eh! Aku nak tanya kau soalan sensitif ni, boleh tak?
Encik C : Boleeeh, apa salahnya.
Encik B : Semasa kau atas pentas bergaya dengan seluar kecik kau tu, tak
segan ke? Lagi pula bukan kau tak tau haram tunjuk aurat.
Encik C : Segan tu, mula-mula saja, bila dah biasa hilanglah segan tu. Bab
haram dedah aurat tu aku risau jugak dulu, tetapi sekarang tak lagi sebab
dah ada fatwakata tak haram.
Encik B : Betul ke? Kitab mana kau rujuk?
Encik C : Al Islam. Majalah yang membicarakan Islam Yang Sebenarnya.
Encik B : Eh, kau biar betul!
Encik C : Betuuuuul. Al Islam keluaran Februari 2004 dalam artikel bertajuk
Rambut Wanita Bukan Aurat tulisan Ustaz Zainuddin Idris.
Encik B : Apa katanya?
Encik C : Katanya, Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii r.a telah
menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah
yang menetapkan kaum lelaki menutup dua kemaluan mereka sahaja dan
begitu juga kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang
sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apatah lagi diluar
sembahyang.
Encik B : Kan kita di Malaysia ni mengikut Mazhab Shafii?
Encik C : Aku taklik lah dengan Imam Malik, senang lah sikit kerja aku.
Encik B : Kau ni pandai-pandai saja. Orang rujuklah dulu alim ulama.
Kalau Al Islam tu nanti kata babi halal dimakan kalau disembelih oleh
orang Islam, kau percaya ke?
Encik C : Mestilah! Kan majalah tu di lulus oleh KDN dan KDN pula di
bawah Menteri Dalam Negeri yang kebetulan Perdana Menteri kita. Bukan dia tak tau halal haram pulak sebab dia berpendidikan ugama dan anak ulamapulak. Tambahan pulak Pengarang majalah tu ialah Astora Jabat, seorang yang mahir dalam soal Bicara Agama!
Encik B : Betul jugak cakap kau. Melayu Asli - Isu anak zina boleh dibinkan
kepada bapa, isu tiada azab kubur dan bermacam-macam isu kontraversi.
Sampai bila nak dibiarkan si Astora Jabat ni nak menyesatkan orang?
semoga kita sentiasa bersama golongan yang menyokong supaya
agama memerintah... bukan diperintah.
0 comments:
Post a Comment